Pada
satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat
kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik
tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa
dengan kau?
Pak
Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari
Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun
menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah
kapak kamu?
Pak Ali: Tidak,
kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun
menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah
kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah
kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka
sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu
kepadanya.
Pada hari lain
pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama
isterinya. Kali ni
isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah
hati. Maka datanglah
Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa
kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku
jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun
menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari Pari: Inikah
isteri kau?
Sambil menangis Pak
Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah,
"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu
telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu
Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata
tidak' pada Angelina
Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau
aku katakan 'tidak'
juga, barulah kau bawakan isteriku..bila aku kata
'ya', kau akan
berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak
mampu tanggung
mereka semua".
Selasa, 3 Februari 2009
Pak Ali bukannya tamak
Posted by mz_lating
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan