THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Rabu, 19 November 2008

Ceta lucu

CERITA 1:


Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak.. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.

'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya sisuami.

'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu.

'Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ.

'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

'Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli'

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayarannya dah jadi RM80...

Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.

Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

'Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah' kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sama macam tahun lepas dan jumpa dengan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayarannya dah jadi RM100.

Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?'

'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi 'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat'

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer 'tapi apa syaratnya ?'

'Semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakanbayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik' Jawab pilot tadi sambil tersenyum.

'Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu... Pilot tadi pun ada
niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut
tadi.

Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya.
Macam2 aksi dia buat, tapi hairan jugak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak
berjaya, pilot tu pun mendaratkanlah pesawat dia.

Rasa rugi pulak sebab cuma boleh dapat RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat
tu.

'Ehh? Mana isteri encik ?' tanya pilot tu terkejut.

'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi'

'Hahh apasal tak cakap'

'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak' jawab si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan
terus berlalu...

Moral cerita nyer...carilah suami yang mengasihi isterinya.




CERITA 2

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”



CERITA 3

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.

"Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?" tanya ahli sihir.

"Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK.

Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir.

"Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?"

Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3.

"Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir. "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA".

So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...heh.. heh.. heh..".

"No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

0 comments: